ibU...oH..iBU...

nie ade citer sal harga kasih sayang seorang ibu...
bace laaa....ek...
Seorang anak mendapatkan ibunya yang
sedang sibuk menyediakan makan malam
di dapur lalu menghulurkan sekeping
kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu
segera mengesatkan tangan di apron
menyambut kertas yang dihulurkan
oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00

2) Tolong jaga adik : RM4.00

3) Tolong buang sampah : RM1.00

4) Tolong kemas bilik : RM2.00

5) Tolong siram bunga : RM3.00

6) Tolong sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00






Selesai membaca, si ibu tersenyum
memandang si anak sambil sesuatu
berlegar-legar si mindanya. Si ibu
mencapai sebatang pen dan menulis
sesuatu di belakang kertas yang
sama.


1)Kos mengandung kanmu selama 9
bulan -PERCUMA

2) Kos berjaga malam kerana
menjagamu -PERCUMA

3) Kos air mata yang menitis
keranamu -PERCUMA

4) Kos kerunsingan kerana
bimbangkanmu - PERCUMA

5) Kos menyediakan makan minum,
pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku
-PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah
membaca apa yang dituliskan oleh si
ibu. Si anak menatap wajah ibu,
memeluknya dan berkata,Saya Sayangkan Ibu & Kemudian si anak mengambil pen
dan menulis;Telah Dibayar;pada
mukasurat yang sama ditulisnya.


amacam???ade rse pape x??sayangilah ibu anda...sebab kasih syg nyer xternilai...

0 ulasan:

Catat Ulasan